Thursday, December 18, 2008

PEMACU DATA KERAS XLIII-BERHATI2 DGN PENYELUK SAKU MY FRIENDS!


Minta Webmaster Membuat Hebahan Komuniti

Kepada semua pengguna / penumpang bas Rapid KL terutama U64, U64, U80 dan U63 adalah diingatkan untuk menjaga barang-barang berharga seperti dompet/telefon bimbit dan lain-lain sewaktu menaiki perkhidmatan bas-bas ini. Sejak akhir-akhir ini sering berlaku kes seluk saku di dalam bas berkenaan sekitar jam 10 pg - 1 tgh yg melibatkan pendatang asing / warganegara dari Malaysia Timur???. Kumpulan ini bergerak aktif yang mana ianya terdiri dari seorang wanita, warga tua dan beberapa orang lagi dikenalpasti berlagak membuat bising serta berasak-asak sewaktu menaiki bas. Modus operandi mereka adalah seperti berikut:

1. Bergerak bertiga-tiga / berempat-empat di dalam keadaan cukup rapat di antara satu sama lain menuju ke bahagian tengah bas sambil tolak menolak sesama mereka sebaik sahaja mendapat tiket bas. Di sini mereka akan mengambil kesempatan terutama penumpang yg leka berdiri dibelakang pemandu untuk dijadikan sasaran.

2. Kumpulan ini kemudiannya akan mengambil kesempatan di dalam adegan tolak menolak tadi seperti terjatuh dan kemudiannya berpura-pura cuba menahan dengan tangan pada kaki penumpang yang sedang duduk. Tangan mereka pantas menyelinap dan mengagau sama ada penumpang ada atau tidak menyimpan dompet pada poket kiri / kanan seluar.

3. Seterusnya mereka akan bergerak ke belakang berlakon seolah-olah berada di dalam bas yang cukut padat. Mereka seterusnya menuju ke pintu belakang (dibahagian tgh) bas untuk mengawal keadaan dan menunggu peluang sekiranya ada penumpang yang mahu turun.

4. 1 lg kumpulan akan berada di bahagian hadapan pintu bas untuk menunggu peluang.

5. Kumpulan ini bergerak aktif menaiki bas dari perhentian bas batu 10 / perhentian bas di bawah jejambat LDP dan destinasi terakhir mereka di hentian bas menghadap KWSP PJ.

Harap Maklum.

*Pesanan: Sebar2kanlah..

No comments: