Tuesday, March 31, 2009

PROMOSI BLOG SIBLING'S SYSTEM

Geng adik beradik dah buat satu blog yang mengandungi 5 writer sekaligus..Kununnya utk jimatkan space blog kat dunia nih padahal sorang dah ada satu blog privasi..Cipan tul..So, korang leh melawat legalfive.blogspot.com..
-PEACE-

Saturday, March 28, 2009

BUFDAY PAIRUZ ANACONDA

Kepada Ibu Fairus, selamat ulang tahun kelahiran ya..Vege tau! Ha3..Semoga MEO dapat repair laptop aku dan hubungan kalian berkekalan hingga akhir hayat! Wah..

*PATOT UPLOAD ON 27 MAC 2009-LAPTOP AK KAN ROSAK!

DINNER FUU DISOUND DEK KETUA HAKIM

Ha3..Budak2 FUU ni xpandai hormat org bercakap ker?? Maybe aku pon penyumbang kpd suara2 langau tersebut..Semua orang tau. kalau ada gap orang bercakap, leh dgr suara2 langau tu..So, beberapa hari selepas dinner, timbul beberapa komen di sebuah blog mengatakan organizer xcekap, bengongla, memalukan UKM..Ishh..sejak bila pulak manusia di FUU lupa bahawa hormat dan dengar  adalah basic knowledge masa orang tgh berucap? Xkanla benda remeh camtu organizer nak kena tegur..Dah besar2 panjang kan semua..Dah ada nak jadi lawyer dah pon..Memangla kesian dgn senior2 yg nak grad tp anggaplah itu satu teguran dan cabaran..Next year dinner organize by 1st year student..So, jgn ulang kesilapan yg sama..Kalau perlu bawa papan tanda yg tunjuk "tolong diam, VVIP tengah berucap"..Kalau dorang xpaham, ketuk je papan tu kat kepala torak dorang yg jadi langau! Dah..itu sau isu..Sebenarnya isu disound tu xyah dibesar2kan sgt..Malam tu organizer pon ada buat silap..Macam2 jugakla..Dari segi aturcara majlis formal, penyampaian, tayangan video..Tapi, kadang2 manusia pon buat silap..Xleh terlepas selagi nama kau manusia..Kau bkn malaikat@nabi! So, organizer thn depan kena take note.! Dun worry, aku support! InsyaALLAH datang! Asalkan ada joget lambak! Ha2..
Dinner malam tu:
Majlis Makan Malam dan Sambutan Jubli Perak FUU, UKM KE-25 'Gala Memori Tercipta'
20 Mac 2009, Dewan Seri Endon, Putrajaya
Perasmi: YAA TAN SRI DATO SERI ZAKI BIN TUN AZMI ( KETUA HAKIM NEGARA )
Dekan Fakulti, Pensyarah, Alumni, Kakitangan Fakulti
Artis: Sugar Love Cookies
*Gambar upload kemudianla..

Saturday, March 21, 2009

SIBUK ITU SERBUK

Dah berapa lama agak xupdate secara serius blog nih..Last cite pasal lamaran dikala otak separa gila..Then petang tadi update yg tah pe2 tah..Saja copy paste..Blog xpenah ditukar backgroundnya..Xkan ak nak wat warna itam kang orang ingat blog PERUNDANG..Senarai keje2 sempena bulan ini:

a)Dinner-belom selesai akbat tshirt tersalah saiz..bancau2!
b)PERUNDANG-still xpikir aktiviti..Masa dak UiTM datang n dak2 sekolah masa kita saling bz pasal dinner..Ha3..Kunci bilik tayangan hilang lak masa tu..
c)ALSA-akaun dari Beijing lom siap..Isnin jumpa dgn Puan Hamidah PPP..apo yg dio nok ni aih..Akaun ALSA UKM xupdate lagi sempena jadi bendahara..Penat2!
d)Tort-sorry sgt2 kat NadiaLiyana..banyak dia cover job aku..masa kat Beijing n masa dinner..credit to Ikram gak..Minggu depan korang leh torture aku..Aku xkesah..
e)Environment-dua esaimen menanti pada 31Mac..Individu dan group..credit to Liza sebab take note pe lecturer gtau..
f)Family-kes3!!!Baca2!!Presentation pon on 30Mac!
g)Muamalat-test minggu depan...
h)Kepimpinan-mm..tiap2 miggu tanya short note...Mira dah dok kejan soh wat esaimen lagi satu..
i)Kertas projek-paling membebankan pala otak!ha3...
j)Exam pon dah dekat..

Masa ni dah kira macam sudden death la..Dicampor dengan duit yg xder..Baju yg perlu segera didobikan..Macam dah xde masa..Kelas; harap jgn diponteng lagi!Otak;bangun dari malas gerakkan tangan dan kaki ke perpustakaan!Motor;jgn buat hal masa2 camni!Bonggol UKM jgn ditambah ketinggiannya!Elektrik;UKM jgn xde karan lagi!Makanan;maintain sayur saja!Jimat2!Jgn makan meggi utk jimat ok!

Gambar dinner akan diupdate kemudian!
Aku penat..Tido sehari tanpa sedari dah genap setahun lapan bulan!Tq Tuhan utk tempoh yg indah...

UNDANG2 SYARIKAT

Hari pertama Chot kerja jadi Pak Guard, dia dapat tangkap 2 org staf sebab melakukan sex di dalam pejabat.

Chot: Aha! Ini dah menyalahi undang-undang syarikat!

Lelaki: Undang-undang apa?

Chot: Tak pakai uniform!.

PANTUN AURAT WANITA

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

KORANG TAU TAK?

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.


"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang