Sunday, November 30, 2008

PEMACU DATA KERAS XXXI-UPDATE SEKETIKA SEMASA MENONTON..

Semasa menonton match CHELSHIT v ARSENGAL, aku update sat..Xdak pe ak nak cite sgt pon tp kali ini aku nak cite barang baru yg aku teramat ingin nak beli kalu dalam bank Islam aku ada RM1 juta..He3...Ne la tau JPA ter'key in' terlebih..Yelah..Lepak2 selama 10 hari kat SP dah naik bosan..Xdak keje, xdak duit, awek lak bz..So, apa yg leh aku lakukan..Berangan dan terus berangan..

Apa yg aku nak beli kali nih?Hah..Sebuah kapal layar..Kapal layar yg mewah tu..Siap ada katil, dapur ngn jamban...Tiba2 teringin pulak nak berkelah atas kapal layar..Yela..Parking kat Langkawi ka, kat Pangkoq ka..Pastu pi tgh laut..Mancing2..Berenang2..Kui3...Mmm..Arsengal dah lead 2-1..Hampeh2..Tula keeper helmet main2 sgt..Ha3..Aku xheran sapa menang tp jgn bg MU naik atas jerk..Ha3..Pe2 pun AC Milan lagi best..Walaupon ada pakcik Ronaldino!!

~~Mmm..Kahwin atas ni pon sempoi~~

~~Hok ni Auntie Celine Dion punye..~~

~~Bilik tidoq~~

*Pesanan: Hati2 semasa anda bercuti di tgh laut krn takut akan sotong kurita menggigit kapal anda..

Friday, November 28, 2008

PEMACU DATA KERAS XXX-GEOGRAFI ITU INDAH..

~~Arwah tokwan di Hospital Manjung~~

Musim haji datang lagi. Himpunan jutaan jemaah Islam sekali lagi akan berada di Mekah dan Madinah utk menunaikan rukun Islam ke-5. Aku kembali teringat kata2nya, "nanti tokwan nak pi lagi"..Dia menceritakan pengalaman di Kota Suci itu semasa menunaikan umrah..Tercapai juga hasratnya utk menjejakkan kaki ke sana..Cerita2nya ketika berada disana buat aku rasa macam nak pi. Entah bila..

Kalu digerakkan masa ke masa lampau, aku teringatkan bulan2 puasa yg mana dia selalu ke rumahku utk berpuasa dgn family aku sebab mak aku memang rapat dgn dia. Dia yg kejut aku pagi2 utk sahur. Masih aku teringat dia penah bawa aku jalan2 ke Pulau Pinang. Naik feri dan bas utk pergi ke Tabung Haji. Aku masa tu kecik lagi dan masa tu pun bulan puasa.

Dia seorang anggota polis masa zaman darurat. Aku penah tgk topi komunis yg masih berada di rumahnya di Felda Ijok, Perak. Dia juga seorang peneroka felda mengusahakan kebun getah yg keluasannya 7 ekar. Aku selama aku hidup xpernah pergi ke kebun tersebut. Dia ada sebuah motor kapcai yg mak aku kata dia beli masa mak aku sekolah rendah lagi. Sampai sekarang motor tu masih lagi berfungsi dan aku penah merempit dgn motor dia di kawasan felda.

Dia pernah belikan aku satu set jangka lukis bukannya bom jangka seperti jangkaan makcik seblah rumahnya. Walaupon masa tu aku belum lagi memerlukan jangka lukis tu pon. Xpe, demi cucu..

Dia pernah bagi baju Melayu bewarna pink pada aku. Aku pakai beberapa kali je dan aku masih simpan dalam almari di bilik aku. Yang paling aku xdapat terima, dia xsempat utk menjejakkan kaki ke tempat aku belajar sekarang kat UKM. Dia nak sangat melihat suasana kampus. Sebab anak2 dia xberjaya utk masuk ke universiti dapat tgk cucu pon jadila..Tapi dia masih xsempat. Sekolah adik aku dia sempat pergi tengok. Sayangnya..

Pesanan dia tiap kali aku jumpa dia, "jangan amik pil2 orang bagi dan belaja rajin2, jgn main2". Pesanan itu diberi walaupon masa dia sakit terlantar kat Hospital Manjung. Aku rela balik cuti 2 3 hari sebab nak jaga dia. Memanglah susah tapi memikirkan suatu hari nanti aku akan menjaga kedua2 orang tuaku, aku xkisah. Xsangka itu kali terakhir aku jaga dia.

Ketika aku pulang dari Bali, dia berada di rumah aku. Aku ada belikan kain pelikat warna hijau dari Bali. So, aku hadiahkan kepadanya. Setelah dia tiada, aku pergi ke rumah maktam aku kat Ampang sejurus sehari dia tiada. Aku tidor di bilik yg dia penah duduk dulu. Aku melihat terdapat kain pelikat yg aku berikan dulu...

Sehari sebelom dia tiada, aku berada di Sungai Petani. Bapak aku kol dan minta aku jaga dia kat Hospital Seberang Jaya. Tapi aku tolak sebab aku nak siapkan esaimen. Dan esok malamnya aku pulang ke UKM. Sehari selepas itu, pukul 3 pagi aku dapat kol dari bapak aku gtau dia dah tiada. Aku pulang ke Felda tp xsempat sebab dah disimpan..Nyesal aku tolak malam tu...

Dia tiada pada 3 September 2008 iaitu semasa bulan puasa...

*Pesanan; 'Dia' dalam cerita adalah tokwan aku, Encik Amir Hamzah bin Mad Radzi. Al-Fatihah buat tokwan..



PEMACU DATA KERAS EDISI KHAS-HARI INI DALAM INGATAN..

SELAMAT HARI LAHIR

~~Joging la anda semasa di rumah~~

SECAWAN TEH TARIK DI HARI JADI

Bagi membalas slot yg diceritakan di blog anda, beta dgn ini ingin menujukan slot ini kepada anda sempena hari jadi anda ke 20 (anda sudah tua secara amnya) Anda ini bernama Syazana Safiah bt Rozman (tul ke aku eja?) Seperti slot pada pemacu data keras II, anda merangkap sebagai adik kepada beta. Dgn ini beta mengucapkan HAPPY BUFDAY kepada anda tanpa rasa prejudis.

Anda seringkali memandu kereta Waja BHQ ke fakulti serta ke Alamanda. Sebab kegelojohan mereka iaitu geng adik beradik, beta pernah keluar pi Alamanda pakai coat. Macam bapak bawa anak jalan2 pulak. Ha3..Anda ada penyakit gayat sehingga sanggup membiarkan Syu (adik paling bongsu) menaiki Solero Shot dgn beta..Ha3..Tanggungjawab beta kena teman dia pulak..Anda hanya menaiki Solero Shot sekali ye dalam hidup..(aku pun rasa2 xnaik dah)

Anda gagal utk berjoging semasa cuti ini berbanding beta yg berjaya joging 3 hari dalam seminggu pertama cuti semester. Jangan anda digelar b***t dah ler..He3...Anda juga mempunyai citarasa pilihan movie yg pelik2..Yg xbest kata best..Sampai sekarang beta xpaham apa yg bestnye cite Definately Maybe, Sex in the City, Jack and Jill dan Max Payne. Cite Dark Knight punyala best dikatakan xbest oleh anda. Citarasa anda sememangnya pelik pd pandangan beta..He3..Mata orang, lain mata, lain citarasanya..

Anda nak kad bufday? Tunggu lepas cuti sem..Tapi ingatkan beta yer..Beta sering terlupa sebab otak kurang berfungsi sebab asyik tidor jer..He3...Tapi beta xgering lagi ok..Anda juga turut gemar bermain teka teki walaupon anda sering kalah..Mengikut analisis beta, keputusan adalah 20-3 sahaja..Ha3..Skuad belasahan..He3..

Akhir kata (in the nut shell) anda menghantar khidmat pesanan ringkas semata2 ingin mengarahkan beta membuat satu slot utk anda..Ha3..Anda kata beta xmalu ya di slot anda..Ya, anda pon sama..Ha3..Hutang anda telah beta bayar..Teka teki ini penutup tirai titah beta, kenapa lubang dinasour besar dan mengapa penggali kubur xpakai kasut masa gali kubur? Soalan ini beta tujukan khas utk anda bernama Syaz! Beta murka kalu ada rakyat lain menjawab! Ha3...

120 patah perkataan sahaja

*Pesanan: 'Beta' dalam karangan pendek diatas adalah MOHD AMYRUL RAMLI. Aku dan ZAKIAH mengucapkan Selamat Hari Jadi dan Selamat Hari Raya Aidiladha buat anda sekeluarga.



Monday, November 24, 2008

PEMACU DATA KERAS XXIX-LIRIK PENOH EMOSI..AKU SUKA..

Hujan di tengah hari
Pakai payung emas
Lumpur yang terpalit
Dayang-dayang kemas
Belajar luar negeri
Duit tak pernah cemas
Setelah ditabalkan
Jodoh dengan puteri

Party hujung minggu
Kereta BMW
Cari gebu-gebu
Teman beradu

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Perempuan zaman modern nak ayam tambatan
Ataupun anak Sultan lupa daratan
Panchung sula rejam Woi!
Aku tak gentar
Lagi suciku ini milik rakyat jelata

~~Pemuzik tanpa prejudis~~

Lirik ini diilhamkan oleh Butterfingers..Aku xtau la apa tujuan lirik ini dihasilkan..Tapi lirik ini memang bagus..Bosan doh dok kat kampong..Aku berjaya menjogingkan diri utk 2 hari pertama di rumah..So, kasut sport aku berjaya digunakan..Ha3...Tak tau lg sampai bila aku nak terus berjoging..Pesanan utk Syaz..Jgn kawan2 hg panggil b***t ar bila balik umah..Ha3..Jiran aku dah panggil debab..Celaka tul..Aku xkeje lagi..Aku dah minta keje kat tol n cafe..Kalu dpt keje kat cafe best ar..Leh men tenet tiap2 ari..Kui3..Ok ler kawan2..See u later!!

Friday, November 21, 2008

PEMACU DATA KERAS XXVIII-POS DI SEKITAR KL SENTRAL

Pukul 17:15, 21hb November 2008..Aku dah sampai kat KL Sentral..Aku bosan gila mencari platform..Tapi train aku kul 8, so lepak ar..Pe2 pon update blog dulu..Tadi dlm KTM Komuter xla bape sesak, aku naik sebelum office hour..Tapi aku dah la bawak beg besar..Keh3..Nyomak je dlm train..Aku pon bayar duit ler...Patot orang xdapt duduk 50sen je tau..

So, KL Sentral..Xla sesak sgt...Aku lepak kat depan Dunkin Donuts aras 2..Aku tgk ramai je bukak tenet, aku pon pe lg..Ada satu pasang tu dok tido menyandar2 lak..Aii..Tgk la sendiri..Aku xtau orang kita ka orang sana..Seberang sana..He3...Pe2 pon tgk pic dorang k..

Kang atas train nak men manager..Aku ada Bangkok Dangerous terang and subtitle lg..Mantap x aku..He3..So, kalu aku dapat wifi lg aku update k..So, korang2 yg dah sampai umah doakanlah aku sampai umah..Amin..

~~Lihatlah kapel2 menunggu keretapi~~

~~KL Sentral 2008~~

*Pesanan: Ini sepatutnya pos pada hari aku balik..Tiba2 wifi KL Sentral bengong!


Wednesday, November 19, 2008

PEMACU DATA KERAS XXV-SEMUA DAH ABEH EXAM YE???

Post ini dihantar sempena budak2 IP tiga ketui tu dah abeh exam ptg tadi..Exam kul3 kan..So, aku terus pos!!Semangat tgk semua kawan2ku dah abeh paper..Mereka adalah Sham aka Imam Sham, Dilla aka Pramugari Air Asia dan Intan aka Van Der Woosen..Apa lagi hangpa tunggu?Kemas barang cepat..Rintangan dah abeh..Dugaan dah setel..Buat Sham, kol Faiq cepat...Kata nak simpan barang kat umah dia...Kui3..

Aku dapat tau budak2 yang amik Isu2 Wilayah dgn Pengurusan Emo xsetel lagi..So, gud luck! Aku 21hb nak berambos dah!Lagi bagos berambus awal!UKM dah macam Blok 404 lak..To Syaz, hg kata nak pi Penang?Bilanye?Datang Kedah la wei..Aku ada, Intan ada, Izzat ada, Faiq ada, Amy ada, Hong ada (eee..perlu ker??) Ha3..Cuti2 ni rajin2 la update..Ha3...

Sebelum mengakhiri perbicaraan, ni tempat kita berjuang dulu, kini dan selamanya...Sini tempat teater, sini gak tempat exam..Teringat En Asroff..Macam lahanat dia..Time orang exam dia jalan2 lak..Ingat budak FUU nak curik barang ka??Nanti kalu teater kita pi IB, hang invite dia Sham..Kita letak kad jemputan kat pintu umah dia, pintu pejabat dia, kat kereta dia, kat anak bini sedara mara dia sume kita anta!!Emo aku nih!!

~~Teringat awek cun yg jaga exam tu..He3...~~

*Pesanan: Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha

Tuesday, November 18, 2008

PEMACU DATA KERAS XXIV-AL-FATIHAH IMAM SAMUDRA DAN PARA SYUHADA'



Pada penghujung 2001, seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Raihan telah terkorban semasa bertempur dengan tentera Israel Laknatullah. Selepas 100 hari kematiannya, pada 18 Februari 2002, ahli keluarga dan orang ramai menggali kubur pemuda itu serta beberapa kubur lain untuk diperbaiki. Salah seorang yang turut terlibat menggali semula kubur itu ialah abang Muhammad Raihan, Jaafar.

Sebaik sahaja membuka kubur Muhammad, Jaafar dan seluruh tetangga yang berada di kawasan perkuburan itu terkejut apabila bau yang sangat harum tiba-tiba menyerbu keluar dari pusara berkenaan. Aroma itu melingkari persekitaran kubur tersebut menyebabkan mereka semua terdiam. Baunya sangat harum.

Jenazah Muhammad juga dilihat masih utuh, malah tubuhnya masih hangat seolah-olah darah masih mengalir dan dia sedang tidur dengan nyenyaknya. Jaafar menatap wajah adiknya itu. Dia berasa seperti ingin mengejutkan adiknya yang sedang dibaluti kain kapan itu.

Ketika ditanya oleh orang ramai yang tidak menyertainya menggali kubur Muhammad, Jaafar memberitahu mereka, "Saya melihat peluh membasahi dahinya, lantas saya menyapunya dengan tangan saya sambil disaksikan oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian yang luar biasa itu".

Lebih daripada itu, mereka juga turut menyaksikan janggut di muka Muhammad lebih panjang berbanding semasa dia dikebumikan 100 hari sebelum itu. Melihatkan keajaiban dan karamah tersebut, mereka semua bertakbir memuji Ilahi.

*Pesanan: Gambar tidak dapat dikenalpasti ketulenannya, diambil dari isuhangat.blogspot.com. Petikan diambil dari majalah Mastika edisi Disember 2008. Doakan kemenangan mereka yang berjuang menentang musuh Islam.

PEMACU DATA KERAS XXII-DEMAM AKADEMI FANTA-SIAL

~~Aku layan TOM-TOM BAK jer~~

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan... .

Pengantin Lelaki : Saya ustaz...

Kadi : Dengan baik2 ya Hassan ... . "Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan bt Polan dengan mas kahwinnya RM80 tunaiiiiii "

Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaaa si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM80 tunaiiiii"

Kadi : Sah? (ditanya kepada saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah... .

Kadi : Sah? (ditanya kepada saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah...

Kadi : Sah? (ditanya kepada saksi ketiga)

Saksi ketiga : errr.. lontara suara awak tidak jelas ... . saya tak dengar apa yang awak cakap ... . ptching berterabur ke laut ... keluar acuan terus, jiwa kosong ... tak de feel ... . low note tak sampai, high note awak pulak ... tak de kawalan ... sepatutnya ditahan ... kasi sustain ... falseto lemah .. improvisation R&B awak tak menjadi ... bughok bebenor bunyinyeee ... teknik ramify pun tak mantap ... bunyi cam orang nak berak jerrr... . satu jer yang saya suka ... . awak ade ciri2 seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yang lebih terbaik!!!!! ... . tapi yang penting sekali ... . hassan terlupa kepada penonton ... tak fokus pada kamera ... . yang tu aje ... . harap hassan baiki pada masa2 akan datang ye hassan ... hassan boleh pergi jauh ... dan juga pakcik nasihatkan agar hassan jangan lupa solat lima waktu ... tu penting san, nak jadi artis ni kena jugak balance dunia akhirat ... .

Kadi :?????

*Pesanan: Semua realiti tv xbest..kecuali adalah..nnt aku cite kt slot lain..

PEMACU DATA KERAS XXI-SHEMESTHER III DHAH BERAKHEIR..

~~23rd Batch Law Faculty, UKM~~

23RD BATCH

109 orang pelajar (kalu xslp)
Class rap: Syiimir

Asisstant: Yaya
PBL: NO

Second year mmg paper susah2..


Fakulti Undang-Undang


Ada tutorial la pulak..
Cafe stil xberubah dan kemudiannya tutup xbukak2 dah

Dah stat pembinaan Mahkamah Moot baru

Ada vending mesin baru-tapi agak mengecewakan aku!

3rd Year and 2nd year still xberlaga angin (sesetengah)


Undang2 Jenayah I

Puan Anita

Kelas hari Rabu, jam 8pagi-10pagi
Aku salu kuar masuk lambat bila take 5 (take 20)

Soklan exam yg memerangkap sesetengah pelajar(term
asuk aku!)
Puan Anita pi Mekah aritu..Amin..


Undang2 Keluarga Islam


Puan Zainunnisa

Agak melucah di awal2 kelas
Tutorial yg mantap

Xpayah amik kursus kawin dah..Dah complete belajar..

Killer syllibus: Faraid!-Tuk Guru aku, As!

Undang2 Jenayah Islam

Prof Halim (Pakcik Halim)
Khamis, jam 2petang-4petang
Attendance xkesah pon~~

Tutorial pon camtu gak..mendatar jerk!
Aku still xbayar duit buku dia RM20!Mampos aku..

Hak Asasi Manusia (HAKAM)

Encik Muhammad BIN Taha yer..Bukan Cik Taha!
Rabu, jam 12 petang-2 petang
Dialog feveret,"sekarang macam mana"

Budak 1st year panggil 'Negrito' (lagi kejam)
Aku xpenah pi kelas dia sebelah petang!


Undang2 Tort I

Prof Madya Rahmah ( Kak Luwi2..s*** bagi )
Rabu, jam 10pagi-12ptg

Sangat
bergaya~~Handbeg nya LV ok!
Kelas jarang dibatalkan..
Tutorial salu xwat soklan..masuk kelas br nak baca soklan..


Bahasa Arab II


Uztaz Nasir
Isnin 12ptg-2ptg. Selasa, 8.30pagi-9.30pagi..
Salu je lambat..

Simple gile dgn beg pack dia

Sporting gila!Mulut pon leh tahan kejamnye~
Dialog, "nak terer datang kelas"


Undang2 Buruh

Prof Kamal Halili (Uncle Kamal):Dekan FUU,UKM
Isnin, 4ptg-5ptg. Khamis, 4ptg-5ptg

Tutorial paling kejam dan tragis

Lenggang je
datang kelas..sporting..
Macam misterius je Dekan nih..

Tragedi :(

Dilla eksiden..
Faten eksiden..
Izzat eksiden..
Sham eksiden..
Syaz eksiden..
Intan motor putus rantai..

Tokwan aku meninggal..AlFatihah..
Tokwan Ya meninggal..AlFatihah..

Raden
eksiden..
(aku xingat lagi sapa)

Hepi Time 23rd Batch


Teater Muzikal sangat berjaya
Menang bola sepak tempat kedua
Menang netball tempat pertama

Adanya T-Shirt Batch..(Aku design)
He3..
T-Shirt teater..(Sham design)

Happy Ever After : )

Kak Hanis berkahwin..
Azrin dapat anak..
Malini pon dah kahwin (aku baru tau)


Trip


Kelantan (xleh lupa Merapoh)

Genting Highland

Tasik Idaman (bukak posa)

Open house:Dilla (sori xdapat datang)

Open house: Faten (sesat 2jam nak pi
Seremban)
Open house: Uztaz Nasir (xdak transport nak pi)
Open house: Dezy (sori xdapat datang gak)


Sepanjang Exam

Ada pengawas cun kat Panggung Seni..
Aku join group study kat Kajai
Pertama kali exam dalam DK43. KTAMS
HAKAM, aku dgn Dezy bincang tarikh World War..he3..
Arab, bising, Tgh exam dok nyembang..Syaz salah sorangnye!He3..
Text Color
~~KARSUP 08, Netball Team~~

~~KARSUP, Football Team dgn aku sbg Manager..He3..~~

~~Nak pi Tasik Idaman..Tunggu orang je dah lama~~

~~Open house Faten kat Seremban~~

~~Manalah Kak Ema nih..He3..~~

~~Majlis Perkahwinan Kak Hanis kat Ketereh..~~

~~Teater Muzikal:Istana Budaya InsyaALLAH..~~

*Pesanan: Jumpa lagi semester depan!Result biar mantap k!



PEMACU DATA KERAS XX-ORAL ARAB BEST!

Oral Arab dah selesai..Semua leh cakap Arab dah pasni..Aku masuk2, soklan pertama kat Uztaz Nasir, "man rab buka ya uztaz?"..He3..Tapi lepas tu tak macam oral sgt dah..Gelak memanjang..Mengumpat Yana lagi..Tapi Uztaz lambat sampai..Nasib baik aku dgn pertolongan Izzat (yang guna alasan OKUnya utk buat oral dulu)..So, aku leh lah abeh awal..Leh balik awal..Salam kawan2..Bila lagi nak jumpak kan..Sebulan lagi..Dok feel2 sedih nak balik tiba2 aku lupa yg aku ada meeting lak dgn Puan Roshida and the geng..Pasal teater muzikal yg nak main kat Istana Budaya atau x..Nampaknya Puan sgt bersemangat ya..Walaupon sem depan xdapat buat..Dia nak gak teater ni sampai ke IB..Mmmm..Sham kena pikir jalan cite lagi tapi tadi dgr cam dah ada jalan citer baru jer..Pe lagi, aktif2kan grup FS anda..Kat situ kita leh bincang masa cuti..Add balik kawan2 fac yg dah hilang..Senang nak kontek..

Kepada budak2 IP 3 ketul tu -Sham, Dilla dan Intan..(3 ketui orang Kedah panggil)..Buat elok2 noo besok..Jangan jadi cam kawan kita tadi, datang lambat..(aku xtau la sebab apa) and dia xdapat la masuk buat exam..Tapi Uncle Kamal sporting.."U buat surat"..He3..So, nasihat aku ialah, kunci alarm anda..Tepuk2 bantal sebelom tido..Ha3...

~~Budak2 tengah Oral Arab~~

~~Uztaz Nasir yang amat sporting..Trimas atas segala ilmu Uztaz..Maapkan kami jika ada kesilapan~~

~~Tiket KTM...Turun Aloq Setaq pe jadahnya Izzat oii~~

*Pesanan: To Intan..Hg nak balik SP camne?


Monday, November 17, 2008

PEMACU DATA KERAS XIX-DAH SELESAI PERJUANGAN SEMESTER III

~~Detik kemerdekaan~~

~~Haha..Result kalu hampeh ni badi kasut~~

Ha2..terpaksalah update utk menceritakan keseronokkan exam dah setel..Tinggal oral je lagi..Semalam aku merajuk dgn labour tu pasal xnak tulih blog..Tapi bila dah jawab tadi, agak ok la..InsyaALLAH..Mmm..Mari menyambung keseronokan!!!


*Pesanan: Awe ajak aku bakar slip beramai2!

PEMACU DATA KERAS XVIII-MUNGKIN UPDATE YG TERAKHIR SEBELUM PULANG..

Aku tgh study Labour, tapi blurrrr.......Xtau dah kat mana nak sumbat lagi segala kes, prinsip2 tu..Kalu failed, mmg amik ubat ar..Tekad, malam ni xtido! Baca banyak mana yg boleh! Jgn ym! Blog xpe..Keh3..Mmm...Ada kawan2 aku cakap, " hang ni update giler "..Yela, aku bkn update pasal gosip ka, politik ka, ilmiah ka..Aku update dgn cite yg aku pon xtau nak letak mana kelasnya, mana duduknya..Juz update dgn cite yg aku rasa aku nak tulis..Apa saja..Tentang hari ini, sekarang, besok, lusa, minggu depan..Biasalah, orang ada friendster kita pon ada, orang ada blog kita pon ada ( tapi aku xdak facebook n myspace, walaupon aku dah daftar )..So, pendapat awal aku tentang blog, "hidup aku bkn best sgt nak cite dlm blog, bangun pagi, pi kelas, balik, makan, berak, tgk movie, main manager, jumpa kawan", tu jela..Nak cakap pasal politik xminat pulak walaupon aku tau blog tu mesti kena hit banyak..Ha3..So, aku rasa blog aku nih lebih pada diari agaknya..Cite kisah hidup yg xbegitu menarik..He3..Cite pasal kawan2 aku kat kampong, kat UKM pon best..

Mmm...bila dah buat blog nih, xleh berenti lak nak update, hampeh! Bila dah kuar artikel, dok baca banyak kali..Ha3..Syok sendiri! Hentam jela..Benda masih fresh..Macam dulu aku ada friendster, sikit2 edit background..Tapi, skang haram xedit..Tambah2 friendster sekarang jadi bengong..So, 'from friendster to blogger'..Ada kawan2 aku yg dah lama memblog, aku baru je wat...Still research..Ada yg letak puisi2, politik of course, kawan2, family, hadiah bufday, mengumpat, mencaras dan segala macam jenis..Review filem pon best..Aku lagila, buat teka teki..Ha3..

Dah nak abeh paper nih, tgk orang dah balik, Nina besok nak pi Jakarta ( minah kalu cuti sem mmg cuti sem yg sebenar..ha3.. ) kemas bilik dan macam2 rupa lagi..Mulalah aku naik malas, mula main games, baca notes ala kadar..Alahai..mana pergi semangat..Kalu dapat ku berinternet lagi sok malam, kalu xkemas bilik, aku akan update ( orang baca@x lain cite..Aku percaya pd kawan2 aku yg banyak membaca nih..he3.. ) Kalu aku bz sok, nampaknya xdapatlah nak update..21 dah nak berambus..Balik kampong lom tentu nak update ( bak kata Syam )..Walaupon petrol pump kat SP dah de wifi..InsyaALLAH akan terus mencerita dan terus bercerita..

Sekarang waktu utk berjuang, bibit homesick dah mula menyelinap dalam salur darah membaw ke hati dan jiwa ke tempat yg ada ibu bapa dan jiwa yg indah..Ternyata indah..Hidup di universiti..Lecturer, kawan2 yg banyak main2..Ha3..Banyak menolong..Tak perlu aku mention..Anda tahu sapa anda..Kawan2 yg adakalanya disusahkan, menyusahkan..Ha3..Give and take..Mmm..bau udara SUNGAI PETANI mula dapat dihirup dek oksigen pekat Bangi..Tah dari mana ia datang aku pon xtau..Maybe cecair kimia otak yg telah set kan..Mula pikir apa aku nak makan kat rumah ( maybe pulut durian ) mula pkir apa nak dikerjakan pada cuti sem, mula pikir nak dating, mula pikir nak reunion, mula pikir nak men PS...

Selamat bercuti semua...Keratan ( maybe last ) ditulis semasa mendengar lagu.....

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

Kertas: Kasih Yang Tak Dianggap

~~Mmm..aiyak..Lambat benor~~

*Pesanan: Tiada lagi update sehingga aku benar2 bebas..Labour punya pasalla nih..(tah leh ke x)

PEMACU DATA KERAS XVII-SATU LAGI SAHAJA..ORANG LAIN DAH BALIK..

Ketika orang lain dah mula start kemas barang and mengosongkan bilik, mula call family cakap soh dtg amik kat UKM, aku dan beberapa lagi budak2 (Labour Law and IP) masih lagi terkial2 membaca buku, menghafal kes, mencari akta, mengingat nama orang2 yg xpenah dijumpai (bak kata YAYA). Ada yg lepas paper Arab terus balik, ada yg dah plan utk ke Alamanda, Mid Valley utk menonton wayang dgn kawan2 sebelum balik kampong..Tapi aku still ada masa tulih blog..Keh3..

Besok, Labour Law..Most crucial paper on earth..Ha3..Paper paling kejam bg budak 2nd year la..Paper tu petang..Pagi pulak ada oral Arab test..So, menghafal Arab pulak ler..Sok gak la nak jumpa Uztaz Nasir sebelum balik, tanya carry mark..He3..Termasuklah unsur2 membodek Uztaz utk markah lebih..Besok petang after semua setel, pakat2 pi tgk Madagascar:Escape to Africa ok!! Kosongkan bilik then 21hb terus berambus ke Sungai Petani! KTM je kali nih..So, 12 jam perjalanan..Then start la cuti kita..Pe2 pon study2!!!Pulun Kedah pulun (Tribute to Faiq)


~~Trade Unions..Final paper 18 Nov 2008~~

*Pesanan: Kepada kawan2 yg dah balik@dlm perjalanan@tgh kemas bilik, diucapkan selamat sampai ke rumah..jumpa lagi next sem!Maafkan aku wahai teman, maafkan aku wahai makhluk Tuhan..

Sunday, November 16, 2008

PEMACU DATA KERAS XVI-SEKADAR UPDATE SEBELOM EXAM..

Sebelum exam selalunya orang sakit perot nak berak, bila pi toilet tetiba jerk hilang..dia pi mana ketulan2 tu? Itulah sakit perot sbb takut..So, utk menghilangkan ketakutan, adakalanya muzik leh membantu (selain dari semayang sunat dll)..Contoh bila naik motor, dgr MP3 seperti Izzat nih..Aku penah terbaca artikel, lagu Eminem yg 8mile punya filem tu elok didengar sebelum pi interview..So, in the nut shell (pinjam SYAZ), dengarlah lagu yg anda suka..Biar otak hepi sebelum diperah sampai parah! Aku suka dengar lagu nih sekarang! Apa lagu anda sekarang? Peace!


I get high when I see you go by
My oh my.
When you sigh, my, my inside just flies,
butterflies
Why am I so shy when I'm beside you?
It's only love and that is all,
Why should I feel the way I do?
It's only love, and that is all,
but it's so hard loving you.

Is it right that you and I should fight
ev'ry night?
Just the sight of you makes nighttime bright,
very bright.
Haven't I the right to make it up girl?
It's only love and that is all,
Why should I feel the way I do?
It's only love, and that is all
but it's so hard loving you
Yes it's so hard loving you -- loving you

~~Syamimi Amran dan NC~~

*Pesanan: The Beatles aku ingat xbest. Best la pulak..Tq selambak kat Syamimi Amran sbb ajar arab malam tadi sampai lewat malam..

Saturday, November 15, 2008

PEMACU DATA KERAS XV-APA AKU MAU ADALAH....

Aku bangun pagi..Hari ini memang tido mati..Selalu aku automatik terjaga dlm pukul 4 or 5 tp arini terus tido sampai kul 9..Xterjaga pon..Terus buka blog..Laptop still stanby, buka website Purevolume cari lagu2 baru dari band2 yg aku xkenal..Xbest la pulak..So, aku pasang lagu dr henpon aku, 'Ternyata Indah' memecah keheningan..Suara wanita vokalis Estrella..Teringin pulak nak balik Penang..Pergi Batu Feringgi..Kawan2 aku ada yg belaja, keje kat sana, depa kata best..Tinggal lagi 6 hari kat UKM..Masa nih duit pon parah..Kalu dulu syiling bawah meja buat xtau jer, aku rasa sekarang duit syiling tu la banyak membantu..Kpd kawan2 yg aku ada hutang tu (anda tahu sapa anda..he3..) aku bayar sebelum cuti sem..Aku paham, ujung2 sem mmg depa nak pakai duit..Keh3...Cite hutang pulak..

Ku lihat dia
Pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman liriknya
Ku ingin dia

Saat pertama

Berjumpa dengannya

Membuat ku gelisah
Waktu berlalu

Hari demi hari

Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi
Ku lihat dia

Pandangan pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu

Hari demi hari

Hatiku dambakannya

Untuk bercinta lagi

Apa aku nak???




Dah lama aku niat nak beli..Dari sem satu..Aku xla kaki gamers sgt..Tapi addicted tu adala gak..Kat rumah aku pon dah ada PS2..Balik baru aku main..Game paling aku suka Fifa Football, Medal of Honor, X-Men, Call of Duty dan apa lagi tah..Tapi aku minat gila games 1st person shooter..So, aku dah survey2 harga dia, kira RM800 kalu full set la..Bangkrap den.. Tapi berbaloi ar..Dia punya kelebihan tu..Mantap...Hail all gamers!!

  • Photos: Carry your favorite pictures with you wherever you go.
  • Music: Enjoy your favorite music whenever, wherever you like! It’s easy to save and play your favorite MP3s.
  • Network: With Wi-Fi functionality you can go online with your PSP® or communicate directly with other PSP® systems. Play games online, browse the web and more.
  • Games: Dazzling widescreen LCD brings gaming to life! With the new Video out connector, you can even play it on your TV screen!
  • Movies & Video: Watch full-length, feature movies and TV shows - over 430 UMD™ movies and TV shows available. Or watch videos saved to your Memory Stick Duo™. You can even watch them on TV simply by plugging into a TV using optional Video Out cables.
  • Multiplayer: Choose whom to play, where to play and when to play - two multiplayer modes let you take on the world or just your buddies.
  • Enhancements: Make your PSP® go further. Watch recorded TV with TiVoToGo™. Watch live TV wirelessly with LocationFree® TV. Connect to the internet with T-Mobile.
  • Evolution: The PSP® is constantly evolving with exciting new features in each system software update. Discover the potential that internet access brings to your PSP® by checking out the Official PSP® Website directly from your PSP®.



Bertitik tolak dari kamera digital Kodak 5.0 Mp aku yg mak aku tambah duit masa nak beli dulu, aku macam gian dgn dunia photography..Aku, xpernah amik kurus nak amik gambar tp still can manage tekan butang nak amik gambar..Bila datang UKM, kawan2 aku ada jugak yg obses dgn photography..So, aku macam wow!!Best jerk..So, beli lah sebijik..Dah pakai2, mula kepingin nak kamera pro sikit..Kamera hitam camni..Sham kata RM2000..Perghh..Mahal gila tp kalu minat xleh kata apa..Orang yg xder passion dgn potography akan kata mahal la, buang duit la..Keh3..Kalu Yaya nak kamera ni sebagai hantaran, aku nak beli sem depan!InsyaAllah!Dgn syarat, cuti sem keje sbg CEO kat Company SP Plaza dan Anak2..Ha3..Kelebihan cuti2 sem leh jadi photographer orang kawen!Ok kan!Leh wat duit..
  • Super SteadyShot® Image Stabilization
  • 10.2 Mega Pixel CCD
  • High-Performance Bionz™ Image Processing Engine
  • Advanced Anti-Dust Protection
  • 2.7" Clear Photo LCD monitor
  • 9-Point Center Cross AF Sensor with Eye-Start® activation
  • High sensitivity ISO 3200 setting for low-light shooting
  • 3 Frames-Per-Second continuous shooting
  • Enhanced D-range Optimizer
  • Versatile 40-segment honeycomb-pattern metering
Mmm...bila gaknya aku leh terbang??Cam best je paracute ni..Aku teringin sgt nak terbang..Dah bape kali aku gitau kawan2 aku nak main payung terjun..Digelakkan, menyuarakan kerisauan, kegayatan, buang duit of course..Ha3..Tapi xpe..Xdapat sekarang, aku nak gak seumur hidup aku, aku akan cuba gak sekali..Ada respon dari kawan aku, "aku nak lamar awek aku masa terbang"..Aku jawab, "kena bawak dia terbang sekali ler...."Xar..aku call dia masa aku terbang"..WTF!

Aku dah pernah scuba diving ni..1st time dalam hidup aku aku berscuba kat Bali...He3..Jauhnye..Macam kat Malaysia ni xdak ja..Tapi mmg best siot! Lain gila kat bawah tu..Tekanan tinggi, pernafasan lain, air masuk gogle, masuk hidung, pakai baju ketat..Ha3...Syok pulak tgk ikan2 berenang depan kita..Kalu bawa roti, sah2 ikan tu kerumun kita..Jangan dia gigit telinga aku sudeh!! Next time, Langkawi or Pulau Perhentian!

Mmm....aku student, lum keje, xder duit..Tapi kalu aku ada duit dan aku nak amik kereta, aku pilih kereta nih ler..Myvi Se..He3..Sebab mmg la kecik berbanding dgn perot aku...Tapi bila masuk, wah..besar gak..Kira selesa la..Harga? RM50k kot..Tapi kalu aku leh beli kereta masa dah keje nanti, kereta lain lah..Kereta ini plan nak pakai masa belaja and masa awal2 keje..Tapi bila tahnye leh pakai??Aku asyik menumpang SARA je kepunyaan Fatin..He3..

Sini tempat aku nak pi...Milan..Tapi lebih kpd aku nak pi Italy..Venice ke..Tapi aku nak pi Milan sbb faveret team aku kat sana.. AC MILAN!...Ala..pi mana2 negara orang pon xkisah sbb tempat dia lain dgn kita..Ye la..Lempar kita pi Afrika, kawasan yg kurang kemajuan pon kita akan rasa best sebab pengalaman kita rasa tu xde kat sini..Lempar pergi London pon best, sama saja maa...So, target is nak pi oversea..Xkira ar mana2 pon!Kui3..

~~Beijing..InsyaALLAH kalau ada rezeki, kalu xde nak wat camne la kan~~

Aku sebenarnya nak pi restoran berputar KL Tower..Tapi sampai sekrang aku xsampai2 KL Tower..Aritu lepas ALSA dorang plan nak wat dinner kat KL Tower tapi xjadi..buat kat Shang Ri La Hotel, Putrajaya..Semalam aku ada view satu blog (isuhangat kot) ada restoran pelik2 kat dunia ni..Salah satunya Underwater Restoran nih..Terletak di Maldives..Kononnya tempat Mawi nak honeymoon..he3..Pelik kan?Makan kat bawah air..Mesti best..Dapat tgk ikan dok tgk kita makan..he3..tambah2 ikan yg kita makan tu spesis dia..kejam2!He3..Sham kata menakutkan jer ikan pari tu..Kang ikan paus putih melintas pala baru tau!!Takpon ikan todak!!


~~Aku nak kasi kat seseorang itu..giteww!!~~

*Pesanan: Tu je la kot pe yg aku dapt pikir pagi ni sebab otak sendat dgn Labour Law..