Pada penghujung 2001, seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Raihan telah terkorban semasa bertempur dengan tentera Israel Laknatullah. Selepas 100 hari kematiannya, pada 18 Februari 2002, ahli keluarga dan orang ramai menggali kubur pemuda itu serta beberapa kubur lain untuk diperbaiki. Salah seorang yang turut terlibat menggali semula kubur itu ialah abang Muhammad Raihan, Jaafar.
Sebaik sahaja membuka kubur Muhammad, Jaafar dan seluruh tetangga yang berada di kawasan perkuburan itu terkejut apabila bau yang sangat harum tiba-tiba menyerbu keluar dari pusara berkenaan. Aroma itu melingkari persekitaran kubur tersebut menyebabkan mereka semua terdiam. Baunya sangat harum.
Jenazah Muhammad juga dilihat masih utuh, malah tubuhnya masih hangat seolah-olah darah masih mengalir dan dia sedang tidur dengan nyenyaknya. Jaafar menatap wajah adiknya itu. Dia berasa seperti ingin mengejutkan adiknya yang sedang dibaluti kain kapan itu.
Ketika ditanya oleh orang ramai yang tidak menyertainya menggali kubur Muhammad, Jaafar memberitahu mereka, "Saya melihat peluh membasahi dahinya, lantas saya menyapunya dengan tangan saya sambil disaksikan oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian yang luar biasa itu".
Lebih daripada itu, mereka juga turut menyaksikan janggut di muka Muhammad lebih panjang berbanding semasa dia dikebumikan 100 hari sebelum itu. Melihatkan keajaiban dan karamah tersebut, mereka semua bertakbir memuji Ilahi.
*Pesanan: Gambar tidak dapat dikenalpasti ketulenannya, diambil dari isuhangat.blogspot.com. Petikan diambil dari majalah Mastika edisi Disember 2008. Doakan kemenangan mereka yang berjuang menentang musuh Islam.

No comments:
Post a Comment