Friday, November 14, 2008

PEMACU DATA KERAS X-AKU OBSES DGN DA VINCI CODE

Cite dah lama tp aku baru dapat tengok..sebelum ni aku dah tengok tapi setengah jam aku jadi bosan, so aku tutup jela..Tapi aritu bosan gila, movie xdak yg baru so terpaksalah tengok cite nih..Bosan2..Tapi lepas aku tengok, jenuh pikir cite nih..Black kata 2 kali tengok baru paham..Sham pon sama..Aku macam minat pulak dgn The Last Supper, Mona Lisa, Vitruvian Man, Mary Magdalene ngan macam2 ar..Tapi paling best Cryptex tu..mana nak beli ar??

Tapi aku macam xbape paham sikit cite tu..aku terpaksala wat research sikit kat wikipedia sapa Mary tu, Priory of Sion, Knight Templar..Aku paling tertarik dgn The Last Supper dan Mary Magdalene..

The Last Supper

Lukisan ini dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci bermula dari tahun 1495 hingga 1498. The Last Supper, hari terakhir Jesus sebelum crucified, menunjukkan Jesus duduk di tengah2 dengan disiple2nya..Yang mana Jesus cakap, " salah seorang dari kamu akan belot padaku malam ni". Salah seorang disiple itu dilukis agak gelap berbanding disiple yg lain, memegang uncang bewarna silver dengan gementar, disiple itu adalah Judas, tiga ke kiri dari Jesus. Bila Jesus memberitahu perkara tersebut, kesemua disiple itu menunjukkan reaksi, antaranya:

a) Bartholomew, James dan Andrew, membentuk kumpulan 3 orang-terkejut
b) Judas, Peter dan John membentuk kumpulan 3 orang yg lain
c) Judas yg memakai baju warna hijau dan biru, gelap akibat bayang sedang pegang uncang mungkin dari upahan krn membelot kpd Jesus atau tugasnya sbg bendahari di antara disiple. Agak terkejut dgn pendedahan Jesus. Sikunya shj yg berada di atas meja yg bermaksud 'bad manner' secara tradisionalnya.
d) Thomas, James dan Philip kumpulan tiga orang yg lain. Thomas nampak menyesal dgn tindakan orang itu, James nampak seprti kagum ( terkejut dgn berita itu kot) dan Philip nak kan penjelasan.
e) Matthew, Jude dan Simon adalah kumpulan 3 orang terakhir. Matthew dan Jude melihat ke arah Simon mungkin boleh mendapatkan jawapan dari Simon.

Di sebelah kiri Jesus itu Mary Magdalene. Dikatakan itu adalah isteri Jesus. "Companion" is literally meant "spouse"..Jarak antara Mary dengan Jesus bersambung di titik tengah diatas meja..Ini memberi bentuk 'chalice' di tengah2..Leornardo Da Vinci melukis Mary Magdalene disitu kerana jika diletakkan disebelah Jesus, sememangnya akan tepat kedudukan bahu Jesus dgn kedudukan kepala Mary. Tetapi bentuk 'chalice' itu tidak akan kelihatan. Dan baju yg dipakai oleh Jesus dan May adalah sama seperti berpasangan.

Aku minat dgn sejarah macam ni. Penuh misteri. Minat betul dgn kajian camni. Peninggalan sejarah dari lukisan... Xdak apa lagi aku nak cite. Sekian.

Mona Lisa

Vitruvian Man


*Pesanan: Semua maklumat dan gambar diambil dari wikipedia. Nak maklumat lanjut, cari sendirik...

No comments: